Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Lauk-pauk

Ayam Masak Lemak Cili Api

oleh Dapur Raif · Negeri Sembilan · Resepi warisan

Resepi ini selalu dimasak oleh tok di Kuala Pilah setiap kali kami balik kampung. Pedasnya datang daripada cili api segar, bukan cili kering, jadi kuahnya kuning terang dan wangi kunyit.

  • Lauk kampung
  • Masak lemak
  • Masakan negeri
  • Warisan
Mula Mod Memasak
Ayam Masak Lemak Cili Api
Penyediaan
15 minit
Memasak
30 minit
Hidangan
4 orang
Kesukaran
Mudah
Tahap pedas
Pedas
Anggaran kos
RM 25.00

9 orang sudah memasak resepi ini

4.0 daripada 9 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 4 orang

  • 1 kg Ayam, dipotong 12
  • 400 ml Santan
  • 2 batang Serai, diketuk
  • 2 keping Asam gelugur Pilihan
  • 1 helai Daun kunyit, disimpul Pilihan
  • 2 biji Kentang, dipotong empat Pilihan
  • 1 cawan Air
  • secukup rasa Garam

Bahan kisar

  • 15 biji Cili api
  • 3 cm Kunyit hidup
  • 6 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih Pilihan
  1. Kisar

    Langkah 1: Kisar cili api, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih bersama sedikit air hingga halus.

  2. Rebus

    Langkah 2: Masukkan bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk. Didihkan atas api sederhana.

  3. Masak

    Langkah 3: Masukkan ayam dan kentang. Masak hingga ayam hampir empuk.

    Tunggu 15 minit

  4. Kacau

    Langkah 4: Tuang santan, masukkan asam gelugur dan daun kunyit. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.

  5. Renih

    Langkah 5: Perlahankan api dan renih hingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam.

    Tunggu 10 minit

Petua dan penggantian

Kacau santan perlahan-lahan dan jangan tutup periuk supaya kuah tidak pecah minyak.

  • Tiada Cili api? Guna Cili merah. Kurang pedas; tambah bilangan cili jika mahu lebih pedas.
  • Tiada Kunyit hidup? Guna Serbuk kunyit. Gunakan ½ sudu kecil serbuk kunyit bagi setiap 2 cm kunyit hidup.
  • Tiada Asam gelugur? Guna Asam jawa. Gunakan 1 sudu besar air asam jawa pekat bagi setiap 2 keping asam gelugur.